Cara Mengawal Api Menggunakan Kaedah P.A.S.S

by Shopify API

Kawalan api menggunakan
kaedah P.A.S.S

API! API! API!

Sesiapa sahaja boleh menjadi panik bilamana terjadinya kebakaran atau jika anda berada di dalam situasi itu. Perkara pertama yang mungkin anda lakukan adalah dengan menjerit ‘api!’ atau lari daripada terperangkap di dalam kebakaran tersebut.

Ketakutan adalah perkara biasa untuk situasi seperti ini namun untuk mengawal ketakutan adalah perkara yang mungkin luar biasa untuk dilakukan, lebih-lebih lagi bila berhadapan dengan situasi yang mengancam nyawa. Akal kita akan menjadi ligat untuk mencari jalan keluar tetapi jangan risau, ini bermakna anda masih lagi bernyawa! Tidak sepatutnya alat pemadam api menjadi sukar untuk dikendalikan dan juga api tidak sepatutnya menjadi musuh anda. Kami percaya dengan kesungguhan dan kawalan diri yang baik adalah merupakan kunci utama dalam penyelesaian masalah. Di Fire Fighter Industry, ingin kami tekankan di sini akan kaedah utama untuk memadamkan api yang dipanggil sebagai kaedah P.A.S.S

cupcakes

Akronim P.A.S.S bermaksud PULL, AIM, SQUEEZE dan SWEEP.

PULL

Langkah 1: Pull the pin (Tarik picu). Kebanyakan alat pemadam api di Malaysia mempunyai picu yang dilengkapi dengan tali keselamatan. Tali keselamatan kami berwarna kuning yang juga berfungsi sebagai pencegah tumpahan bahan pemadam. Pusing pin untuk memutuskan tali keselamatan dan cabut kunci picu. Dengan memusing dan menarik keluar picu tersebut, anda telah membolehkan alat pemadam api untuk digunakan.

AIM

Langkah 2: Aim at the base of the fire (Halakan penyembur ke pangkal api). Selepas menarik keluar picu, halakan penyembur ke pangkal api dari jarak 1.5 meter. Pastikan penyembur di halakan ke pangkal api kerana di situlah sumber pembakaran yang sedang aktif.

SQUEEZE

Langkah 3: Squeeze the lever (Tekan pemicit). Tekan pemicit dengan kadar segera tapi berpada-pada supaya bahan pemadam api tidak habis sepenuhnya.

SWEEP

Langkah 4: Sweep from side to side (Layangkan ke kiri dan ke kanan). Semasa menekan pemicit dengan masih lagi menghalakan penyembur ke pangkal api, layang alat pemadam api ke kiri dan kanan untuk meratakan bahan pemadam api dengan secukupnya. Ambil perhatian akan arah angin (jika berada di luar) supaya api tidak menghala ke arah anda dan ubah kedudukan jika perlu.

decorations

Api tidak mengenal kawan mahupun lawan, tapi kita kenal siapa api.

Untuk memastikan keselamatan anda, sila berhati-hati semasa memadamkan api kerana api akan sentiasa mencari bahan yang mudah bakar dan boleh mengakibatkan api ternyala semula. Jika api terlalu marak atau susah dikawal, alat pemadam api juga boleh dijadikan perantara di antara anda dan pintu KELUAR/EXIT yang berhampiran. Dengan menggunakan kaedah yang sama iaitu P.A.S.S, padam api di ruang jalan anda, beri perhatian terhadap papan tanda KELUAR/EXIT yang berwarna hijau dan keluar dari kawasan kebakaran. Semoga kaedah P.A.S.S ini dapat memberi input yang berguna untuk anda dan orang tersayang.

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

BACK TO TOP